GAGAL, ULANG dan MAAF tinggal di satu kampung yang sama. GAGAL gemar membawa motosikal sambil meronda sekeliling kampung bersama ULANG. ULANG setia menemaninya. Pelik kerana ULANG tidak pernah jemu melakukan perkara yang sama setiap kali pun.
Pada suatu petang, motosikal yang ditunggang oleh GAGAL, tergelincir lalu kedua dua mereka jatuh dan cedera. Mereka mengaduh kesakitan. Walaupun ini bukan kali pertama mereka jatuh, tetapi kesakitan yang di alami tetap memberikan rasa yang tak tertahan. Untuk kali keberapa juga GAGAL berasa cemas, kerana telah merosakkan motosikal MAAF.
GAGAL sentiasa berusaha menjaga agar tidak jatuh lagi ketika bersiar siar bersama ULANG. Walaupun dia tahu MAAF akan tetap memberi peluang dia melakukan aktiviti kegemarannya itu dan walaupun MAAF telah menyaksikan kebaraian motornya setiap kali GAGAL pulang dari bersiar siar. Sesungguhnya, sedikit pun tidak terlintas di hati GAGAL untuk mengambil kesempatan atas sikap MAAF yang amat terpuji itu. MAAF juga tahu akan hal tersebut.
Walaubagaimanapun parut yang tinggal dan kesakitan yang dirasai setiap kali jatuh itu mengingatkan dia kepada jirannya SERIK yang sering keseorangan kerana tiada siapa mahu berkawan dengannya. Melakukan setiap perkara cukup hanya sekali jika ia serba tidak menjadi. Menjadikan insan yang berdamping dengannya turut datang dan pergi.
GAGAL hanya ingin menjadi dirinya dalam setiap apa yang dilakukan. Itu sahaja. Mungkin dengan adanya ULANG dan MAAF dia tabah mengharungi segalanya. Lebih indah jika cita citanya untuk bertemu jodoh dengan KEJAYAAN dimakbul tuhan kelak..
"MengULANGi kesilapan yang sama..GAGAL mengubah keadaan..hanya mampu mengharapkan sebuah keMAAFan..tanpa mahu ada lagi kehilangan dalam kehidupan"
LEARNING OUTCOME: Manusia tidak lepas dari kesilapan..mohon segalanya berkekalan dengan izinmu YA Allah..
BeRhEnTi Di SiNi..
Saturday, February 18, 2012
KISAH GAGAL, ULANG,DAN MAAF..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaik!
ReplyDeleteTq!!!
ReplyDeletegagal itu adalah resepi kejayaan asalkan kita reda dan jadikan cabaran dengan cemburu yang positif. Jadilah follower blog saya: tiub bocor.blogpot.com
ReplyDelete