Wednesday, February 8, 2012

KISAH EGO, CINTA DAN AIRMATA


EGO, CINTA dan AIRMATA bersahabat baik. Sentiasa bertiga menjalani kehidupan bersama-sama.

Pada suatu hari, EGO ternampak CINTA mengusap dan membelai AIRMATA. EGO yang melihat situasi itu berasa hairan mengapa dia tidak dipanggil untuk bersama. AIRMATA kelihatan amat berdukacita. EGO terasa ingin bertanya. Tetapi tiba-tiba hati kecilnya bersuara "ah!mereka yang sepatutnya awal lagi memberitahu aku apa yang terjadi.jadi mengapa aku pula yang perlu bertanya?! ". Lalu EGO pergi meninggalkan tempat itu.

Puas CINTA mencari EGO. AIRMATA perlu segera dibantu. EGO nampak CINTA berjalan ke arahnya. Terdetik pula di hatinya. "mengapa AIRMATA menemui CINTA seorang?mengapa tidak mencari aku?". CINTA menghampiri. "EGO ke mana kau? AIRMATA perlukan bantuan kau". Sekali lagi hati kecilnya bersuara "Ah! Mengapa AIRMATA tidak datang dan meminta sendiri bantuan dariku?". Lalu dia berpaling dan berkata "Aku sedang sibuk. Lain kali aje la".

CINTA hampa. Terus berlalu untuk bertemu dengan AIRMATA yang sedang bersedih ditinggalkan KEBAHAGIAAN. EGO perlu ada bersama untuk menghalang AIRMATA dari pergi jauh membawa hati yang lara. Akhirnya, CINTA membuat keputusan untuk mengikut AIRMATA kerana CINTA merasakan dia lebih gembira bersahabat dengan AIRMATA daripada meneruskan hidup bersama EGO. Di tempat baru, mereka bertemu dengan SEDERHANA dan bersahabat selama-lamanya.

" BeSEDERHANA menggunakan EGO, berCINTA berpada-pada. AIRMATA yang terbit hanyalah bukti asam garam kehidupan"

LEARNING OUTCOME : Apa pun jenis hubungan yang terjalin..jaga dan pelihara..biar kekal selamanya. InsyaAllah..

BeRhEnTi Di SiNi..
Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

  1. Sakit tak kawan ke dengan depa? Hahaha..best2!

    ReplyDelete
  2. Sakit tak kawan ke dengan depa? Hahaha..best2!

    ReplyDelete
  3. Sakit tak kawan ke dengan depa? Hahaha..best2!

    ReplyDelete
  4. mne satu nk bls ni..hem..sakit=risiko..berani tanggung..kwn la...!!

    ReplyDelete