Saturday, February 18, 2012

KISAH GAGAL, ULANG,DAN MAAF..

GAGAL, ULANG dan MAAF tinggal di satu kampung yang sama. GAGAL gemar membawa motosikal sambil meronda sekeliling kampung bersama ULANG. ULANG setia menemaninya. Pelik kerana ULANG tidak pernah jemu melakukan perkara yang sama setiap kali pun.

Pada suatu petang, motosikal yang ditunggang oleh GAGAL, tergelincir lalu kedua dua mereka jatuh dan cedera. Mereka mengaduh kesakitan. Walaupun ini bukan kali pertama mereka jatuh, tetapi kesakitan yang di alami tetap memberikan rasa yang tak tertahan. Untuk kali keberapa juga GAGAL berasa cemas, kerana telah merosakkan motosikal MAAF.

GAGAL sentiasa berusaha menjaga agar tidak jatuh lagi ketika bersiar siar bersama ULANG. Walaupun dia tahu MAAF akan tetap memberi peluang dia melakukan aktiviti kegemarannya itu dan walaupun MAAF telah menyaksikan kebaraian motornya setiap kali GAGAL pulang dari bersiar siar. Sesungguhnya, sedikit pun tidak terlintas di hati GAGAL untuk mengambil kesempatan atas sikap MAAF yang amat terpuji itu. MAAF juga tahu akan hal tersebut.

Walaubagaimanapun parut yang tinggal dan kesakitan yang dirasai setiap kali jatuh itu mengingatkan dia kepada jirannya SERIK yang sering keseorangan kerana tiada siapa mahu berkawan dengannya. Melakukan setiap perkara cukup hanya sekali jika ia serba tidak menjadi. Menjadikan insan yang berdamping dengannya turut datang dan pergi.

GAGAL hanya ingin menjadi dirinya dalam setiap apa yang dilakukan. Itu sahaja. Mungkin dengan adanya ULANG dan MAAF dia tabah mengharungi segalanya. Lebih indah jika cita citanya untuk bertemu jodoh dengan KEJAYAAN dimakbul tuhan kelak..

"MengULANGi kesilapan yang sama..GAGAL mengubah keadaan..hanya mampu mengharapkan sebuah keMAAFan..tanpa mahu ada lagi kehilangan dalam kehidupan"

LEARNING OUTCOME: Manusia tidak lepas dari kesilapan..mohon segalanya berkekalan dengan izinmu YA Allah..

BeRhEnTi Di SiNi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 14, 2012

KAKTUS

Kaktus..

K-keras..di luar..lmbut didalam..

A-air..menguasainya..cool yaw..

K-kena durinya sakit..protection!

T-tak cantik bagi yg tak tahu menilai

U-unik dengan cara hidup tersendiri

S-sentiasa setia selagi ada yang menyayanginya.

"Jangan menilai kaktus dari durinya..kerana duri mengaburi..nilai kaktus dari dalam dirinya..kerana hanya yg benar2 mengenalinya..tahu betapa romantiknya dia.."

LEARNING OUTCOME: menyamar menjadi kaktus..indah..terima kasih kepada yang memberi..

BeRhEnTi Di SiNi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 8, 2012

KISAH EGO, CINTA DAN AIRMATA


EGO, CINTA dan AIRMATA bersahabat baik. Sentiasa bertiga menjalani kehidupan bersama-sama.

Pada suatu hari, EGO ternampak CINTA mengusap dan membelai AIRMATA. EGO yang melihat situasi itu berasa hairan mengapa dia tidak dipanggil untuk bersama. AIRMATA kelihatan amat berdukacita. EGO terasa ingin bertanya. Tetapi tiba-tiba hati kecilnya bersuara "ah!mereka yang sepatutnya awal lagi memberitahu aku apa yang terjadi.jadi mengapa aku pula yang perlu bertanya?! ". Lalu EGO pergi meninggalkan tempat itu.

Puas CINTA mencari EGO. AIRMATA perlu segera dibantu. EGO nampak CINTA berjalan ke arahnya. Terdetik pula di hatinya. "mengapa AIRMATA menemui CINTA seorang?mengapa tidak mencari aku?". CINTA menghampiri. "EGO ke mana kau? AIRMATA perlukan bantuan kau". Sekali lagi hati kecilnya bersuara "Ah! Mengapa AIRMATA tidak datang dan meminta sendiri bantuan dariku?". Lalu dia berpaling dan berkata "Aku sedang sibuk. Lain kali aje la".

CINTA hampa. Terus berlalu untuk bertemu dengan AIRMATA yang sedang bersedih ditinggalkan KEBAHAGIAAN. EGO perlu ada bersama untuk menghalang AIRMATA dari pergi jauh membawa hati yang lara. Akhirnya, CINTA membuat keputusan untuk mengikut AIRMATA kerana CINTA merasakan dia lebih gembira bersahabat dengan AIRMATA daripada meneruskan hidup bersama EGO. Di tempat baru, mereka bertemu dengan SEDERHANA dan bersahabat selama-lamanya.

" BeSEDERHANA menggunakan EGO, berCINTA berpada-pada. AIRMATA yang terbit hanyalah bukti asam garam kehidupan"

LEARNING OUTCOME : Apa pun jenis hubungan yang terjalin..jaga dan pelihara..biar kekal selamanya. InsyaAllah..

BeRhEnTi Di SiNi..
Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 4, 2012

FIRST EXPERIENCE

"cikgu..semborono tu ape?"

Sejuk hati. Ada orang panggil cikgu. Hari pertama mengajar, jadi mobile tuition teacher..such an experience. Lagi bersungguh dari ambil SPM dulu. Kita di bayar untuk mengajar. Ajar baru dapat duit. Tak mengajar duit tak masuk. Menswasta kan diri ternyata memberi impak yang besar dalam diri. Selain besar harapan student yang menggajikan kita untuk buat dia skor.

Walaubagaimanapun, semalam bermula dengan tidak baik. Tiba2 kene amek kit student dari tutor lain. Haruslah lambat ke umah tuition. Mujur ada gps membantu. Mengurangkan kesesatan. Tapi terkena jem. Maaf saya bukan sengaja lambat.

Apa pun bangga dapat menumpang berkongsi profesyen guru Malaysia. Betapa anda semua seperti buku teks KBSM bergerak. Padat dengan ilmu mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya, sempurna, dan tahu memenuhi tuntutan agama.

" May God Bless All Of You Teacher"

LEARNING OUTCOME : Penuhkan ilmu di dada kerana ia pasti akan digunakan juga..

BeRhEnTi Di SiNi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 1, 2012

MILIK SIAPA???!

Milik siapakah barang ini..firstime tgk berkenan..tah npe rs cm ssuai ngn tuannya yg penuh misteri..so kalau main..bak kate zizan..main jangan sampai jadi NAJIS! enjoy awak!!! he's YOURS!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4